Drama terbaru adaptasi dari novel Cinta Belum Tamat Tempoh karya Rehal Nuharis bakal bersiaran di slot MegaDrama saluran Astro Ria bermula pada 10 September 2019. Merupakan terbitan syarikat produksi MIG Production Sdn Bhd dan diarahkan oleh Jamal Khan.

Drama Cinta Belum Tamat Tempoh

Drama ini menggandingkan hero baru Nafiz Muaz dan heroin Bella Astillah (ex-wife Aliff Aziz). Anda boleh membaca secara onlie novel ini di https://www.wattpad.com/story/49292317-cinta-belum-tamat-tempoh

Para Pelakon

Nafiz Muaz, Bella Astillah, Fendy Bakry, Hun Haqeem, Dayang Areeda, Haleeda Mazlin, Sissy Imann, Darwish Mikael, Zailin Aqeesha, Fikry Kiki.

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15
Episod 16 Episod 17 Episod 18 Episod 19 Episod 20
Episod 21 Episod 22 Episod 23 Episod 24 Episod 25
Episod 26 Episod 27 Episod 28

Teaser Promo


Sinopsis Cinta Belum Tamat Tempoh

Setelah kematian ibu bapanya, Qaisara bekerja keras meneruskan kehidupan bersama adiknya, Qhalish sehingga dia berjaya membuka sebuah kafe.

Kini adiknya, Qhalish sudah dua tahun bertunang dengan Arisa dan merancang untuk berkahwin namun terpaksa menangguhkan hasratnya itu kerana mahu menjaga hati kakaknya yang belum berkahwin, ditakuti langkah bendul.

Qhalish mempelawa sahabat baiknya, Radin untuk menjadi abang iparnya. Selepas mendapat pelawaan Qhalish dan juga desakan daripada mamanya untuk berkahwin, Radin mengambil keputusan untuk mengenali Qaisara dengan usahanya sendiri.

Gambar Pelakon



Drama Puteri Yang Ditukar mula bersiaran di slot Tiara, Astro Prima bermula 9 Julai. Bersiaran pada hari Isnin hingga Jumaat jam 6 petang selama 80 episod. Diarahkan oleh Bahri Uma dan Zamri Zakaria, terbitan syarikat Orangetree Production Sdn Bhd.

Drama Puteri Yang Ditukar

Para Pelakon

Elisya Sandha, Eyra Hazali, Azrel Ismail, Julia Farhana, Edika Yusof, Siti Elizad, Ikmal Amry, Fazlina Ahmad Daud, Zila Bakarin, Adam Lee, Eizlan Yusof, Ako Mustapha, Maria Farida.

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15
Episod 16 Episod 17 Episod 18 Episod 19 Episod 20
Episod 21 Episod 22 Episod 23 Episod 24 Episod 25
Episod 26 Episod 27 Episod 28 Episod 29 Episod 30
Episod 31 Episod 32 Episod 33 Episod 34 Episod 35
Episod 36 Episod 37 Episod 38 Episod 39 Episod 40
Episod 41 Episod 42 Episod 43 Episod 44 Episod 45
Episod 46 Episod 47 Episod 48 Episod 49 Episod 50
Episod 51 Episod 52 Episod 53 Episod 54 Episod 55
Episod 56 Episod 57 Episod 58 Episod 59 Episod 60

Sinopsis Puteri Yang Ditukar

Amira dan Zahira merupakan dua orang gadis yang mempunyai latar belakang berbeza. Amira dibesarkan di dalam kehidupan yang serba sederhana bersama kedua-dua orang tuanya, Ihsan dan Farina.

Zahira pula mempunyai kehidupan yang cukup mewah bersama kedua-dua orang tuanya, Tuan Malik dan Aini, di samping ibu tirinya, Maria dan kakak tirinya, Miesya. Tetapi Zahira selalu dibuli oleh Miesya.

Namun, tiada seorang pun yang mengetahui akan rahsia yang tersembunyi di sebalik dua keluarga tersebut, dimana Zahira dan Amira telah ditukar sejak kecil. Siapakah yang menjadi dalang di sebalik pertukaran kedua bayi ini ketika dilahirkan?

Gambar Pelakon


Drama bersiri Turki, Destiny Ties (Hiyanet Sarmali) ini bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4 petang di TV3.

Drama Destiny Ties (Hiyanet Sarmali) di TV3

Sinopsis Destiny Ties (Hiyanet Sarmali)

Hamza mempunyai 3 orang anak iaitu Ferhat, Ayaz dan Beyaz. Walaupun keluarga Hamza miskin tetapi mereka gembira. Ferhat sudah bertunang dgn Zuhre.

Kilic pula seorang tentera yg zalim & suka menyalahgunakan kuasa. Kilic suka kpd Zuhre (tunang Ferhat) tetapi Zuhre menolaknya. Zuhre telah ditembak oleh Kilic kerana menolak cintanya. Ayah Ferhat juga ditembak oleh Kilic untuk menutup kesalahan Kilic mencuri harta negara (emas).

Selepas itu, bermulalah kisah perjuangan Ferhat & Ayaz menuntut bela atas kekejaman Kilic.

Episod 47 Episod 48 Episod 49 Episod 50 Episod 51
Episod 52 Episod 53 Episod 54 Episod 55 Episod 56
Episod 57 Episod 58 Episod 59 Episod 60 Episod 61
Episod 62 Episod 63 Episod 64 Episod 65 Episod 66
Episod 67 Episod 68 Episod 69 Episod 70 Episod 71
Episod 71 Episod 72 Episod 73 Episod 74 Episod 75
Episod 76 Episod 77 Episod 78

Program Big Stage 2019 akan bermula pada 18 Ogos 2019. Ia merupakan sebuah pertandingan nyanyian berkonsepkan realiti menampilkan bakat muda generasi alaf baharu yang kini popular dengan jolokan ‘Budak BaruNak Up’ atau ‘BBNU’ dalam kalangan penggiat industri seni hiburan muzik.

big stage 2019

Masih mengekalkan konsep asal, penganjuran ‘Big Stage 2019’ juga turut merintis inisiatif membuka ruang perkongsian karya muzik di peringkat antarabangsa kepada penyertaan barisan bintang dari dalam dan luar negara iaitu Malaysia, Indonesia,Brunei, Thailand dan Korea Selatan.

Musim kedua juga bakal menyaksikan persaingan sengit selama 8 minggu di antara 12 bintang ‘BBNU’.

Peserta Big Stage 2019

  1. ADZRIN
  2. AZIZ HARUN
  3. HAN-BYUL
  4. IRFAN HARIS
  5. KUCAIMARS
  6. SANTESH
  7. CHALEEDA
  8. DINDA PERMATA
  9. FIEYA JULIA
  10. NEETA
  11. SHERYL SHAZWANIE
  12. SYADA AMZAH

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8


Penerbitan ‘Big Stage 2019’ turut disokong oleh Vivo, jenama telefon pintar terkenal yang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama Farm Fresh, jenama tenusu paling segar selaku Penaja Bersama. Manakala portal Gempak turut menghulurkan sokongan selaku Rakan Digital serta ERA sebagai Rakan Radio Rasmi

Pengacara Big Stage 2019 - Sherry Al Hadad dan Alif Satar

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri SitiNurhaliza Tarudin atau lebih dikenali dengan gelaran ‘Datuk Siti’ masih dikekalkan sebagai Juri Tetap ‘Big Stage’ untuk musim yang kedua. Manakala dua lagi figura seni tersohor dari Indonesia iaitu Judika dan Cakra Khan turut diberi mandat untuk menggalas tanggungjawab yang sama di samping Datuk Siti. Kedua mereka akan menduduki kerusi juri tetap secara bergilir-gilir pada setiap minggu. Sementara itu, seorang juri jemputan profesional juga turut diundangkhas pada setiap minggu untuk menyertai juri tetap bagi mengadili persembahan para bintang.




Rangkaian program ‘Big Stage 2019’ akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) serta turut boleh diakses menerusi perkhidmatan Gempak, Astro Go dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan aktiviti perkembangan para bintang ketika membuat persiapan dan latihan menjelang konsert mingguan dapat ditonton melalui liputan harian ‘Studio Big Stage’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 12 Ogos 2019. Kompilasi liputan tersebut juga boleh ditonton menerusi ‘Kompilasi Studio Big Stage’ pada setiap hari Sabtu, jam 10.00 malam bermula 17 Ogos 2018.

Manakala konsert mingguan ‘Big Stage 2019’ pula akan bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) selama8 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam mulai 18 Ogos 2019.

Istimewa untuk pelanggan NJOI, konsert minggu pertama ‘Big Stage 2019’ juga bakaldisiarkan secara serentak di saluran Astro Prima (105) dan Prima HD (121).

Untuk pengisian di platform digital pula, program‘Big Stage Live Plus’ akan disiarkan secara langsung bermula jam 8.50 malam di laman sesawang www.bigstage.gempak.com ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘Big Stage 2019’ bermula 18 Ogos 2019. - Astro Gempak

Saksikan telefilem seram yang bertajuk Aneh pada Sabtu ini, 14 September 2019 di slot Citra Eksklusif, jam 9 malam. Skrip nukilan Wan Hasliza, arahan gandaingan pengarah Wan Hasliza & Wan Alauddin, terbitan produksi KL Motion Pictures & Screenworks International.

Telefilem Aneh lakonan Fattah Amin dan Elyana di Astro Citra

Para Pelakon

Fattah Amin, Elyana, Gen Darwish, Syaffiq Sahli, Puteri Rayyana Rayqa, Juita Johari, Zaidi Omar, Izz Irfan.

Link Video

Sinopsis Telefilem Aneh

Nadia dihantui dengan kehadiran bayangan Ilham yang sedang koma meminta bantuan daripadanya. Tidak tahan dengan gangguan itu Nadia meminta bantuan Musa Adam seorang bekas pengamal perubatan islam yang kini telah mengasingkan diri dari dunia tersebut.

Musa Adam menolak keras permintaan Nadia untuk menjaga keselamatan anaknya kerana peristiwa sebelum ini telah memgorbankan nyawa isterinya.

Terbaru, program All Stars Buka Panggung akan mula disiarkan di saluran Astro Warna pada 6 Septembar selama 7 minggu, setiap hari Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Royal Theater, Shah Alam.

Program All Stars Buka Panggung (2019)

Pelakon Datuk Aaron Aziz, Datuk Rosyam Nor dan Rita Rudaini merupakan antara bintang program realiti komedi terbaharu Astro Warna, All Stars Buka Panggung.

Program ini akan menampilkan pelawak daripada kumpulan Shiro iaitu Ajak dan Shahrol sebagai pengacara.

Berikut merupakan para All Stars yang akan bertanding dari minggu pertama hingga ke minggu ke lima.

All Stars Minggu Pertama
  1. Datuk Aaron Aziz
  2. Datin Seri Umie Aida
  3. Naim Daniel
  4. Liyana Jasmay

All Stars Minggu Kedua
  1. Datuk Rosyam Nor
  2. Datin Diana Danielle
  3. Fizo Omar
  4. Farahdhiya

All Stars Minggu Ketiga
  1. Fahrin Ahmad
  2. Zulhuzaimy
  3. Sharifah Sakinah
  4. Sweet Qismina

All Stars Minggu Empat
  1. Datuk Fizz Fairuz
  2. Johan As’ari
  3. Rita Rudaini
  4. Ruhainies

All Stars Minggu Lima
  1. Fauzi Nawawi
  2. Izzue Islam
  3. Noorkhiriah
  4. Mona Allen

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7

Video Promo



Menurut Pengurus Saluran Astro Warna, Astro Prima & InTrend, Norzeha Mohd Salleh keunikan program ini adalah untuk menguji dan mencabar para pelakon untuk beraksi dalam babak komedi pentas.

“Berbeza dengan pertandingan komedi lain, kami membawa format baharu menerusi program ini dimana barisan pelakon akan memperlihatkan bakat terpendam mereka dalam bidang komedi dan lawak jenaka.

“Mungkin sebelum ini ramai disajikan dengan persembahan spontan daripada para pelawak namun kali ini kami mengangkat elemen ini menjadi sebuah pertandingan yang mencabar selebriti bukan dari kalangan pelawak.

“Menerusi penganjuran program ini kami mahu mencari titik keseimbangan untuk melahirkan penggiat seni yang versatil.

“Ini sekaligus mampu mentakrifkan semula definisi kepelbagaian bakat seseorang pelakon mahupun pelawak serba boleh,” katanya kepada Gempak.

Seorang pemenang akan dipilih pada setiap minggu bagi merebut peluang bertanding pada minggu separuh akhir dan hanya empat peserta yang bakal melayakkan diri ke peringkat akhir untuk memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM 50,000 berserta trofi.

Untuk setiap minggu, juara mingguan akan menyalurkan sumbangan sebanyak RM4,000 kepada pelakon tanah air yang telah berbakti kepada industri seni tanah air.

Secara eksklusif All Stars Buka Panggung ini ditayangkan di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) serta boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand.
 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar