Drama Biar Jadi Kaktus lakonan Uqasha Senrose dan Atoi Tohet

Terbaru drama adaptasi dari novel Biar Jadi Kaktus karya Iffa Zalia yang akan ditayangkan bermula 24 Julai ini di TV2. Bersiaran pada hari Isnin hingga Khamis jam 8.30 malam selama 13 episod.

Terbitan produksi Wardah Communication Sdn Bhd, arahan Dato Ahmad Tarmimi Siregar dan skrip Adza Nasyaemie Adenan.

Drama Biar Jadi Kaktus

Para Pelakon

Uqasha Senrose, Atoi Tohet, Syafiq Sahli, Shakilla Khoriri, Sahronizam Noor, Dato Ahmad Tarmimi Siregar, Zila Bakarin, Afzan A. Rahman, Aman Graseka, Kenji Sawahii, Juita Johari, Ismail Yaacob, Ucop Cecupak, Noralbaniah, Qistina Raisah.

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13

Sinopsis Biar Jadi Kaktus

Cinta Syakila dan Firdaus ibarat bintang-bintang yang bergemerlapan. Namun perjalanan hidup sebenarnya tidaklah seindah impian dan harapan. Dek tidak tahan menanggung penderitaan demi penderitaan, Syakila mencari keadilan dan kebenaran yang seakan-akan tersembunyi.

Namun pencariannya terkandas bila dia diburu oleh Datin Habsah, seorang wanita korporat yang bersikap mata duitan. Tawaran satu juta Ringgit Malaysia daripada Dato Tengku Amir membuatkan Datin Habsah ingin terus memburu gadis itu hingga ke lubang cacing.

Syakila ibarat kaktus yang teguh walaupun kemarau melanda. Dia meneruskan langkah dengan hati yang kental. Tika dirinya longlai, muncul Azlan yang berhati mulia. Lelaki budiman itu sering menghulurkan bantuan tanpa mengharapkan balasan.

Pengorbanan setinggi gunung itu membuatkan Syakila dalam dilema. Dia tahu lelaki itu mencintainya sampai mati. Tetapi bagaimana pula dengan Firdaus? Lelaki itu nyawanya!

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar