Program Big Stage 2019 dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Al Hadad

Program Big Stage 2019 akan bermula pada 18 Ogos 2019. Ia merupakan sebuah pertandingan nyanyian berkonsepkan realiti menampilkan bakat muda generasi alaf baharu yang kini popular dengan jolokan ‘Budak BaruNak Up’ atau ‘BBNU’ dalam kalangan penggiat industri seni hiburan muzik.

big stage 2019

Masih mengekalkan konsep asal, penganjuran ‘Big Stage 2019’ juga turut merintis inisiatif membuka ruang perkongsian karya muzik di peringkat antarabangsa kepada penyertaan barisan bintang dari dalam dan luar negara iaitu Malaysia, Indonesia,Brunei, Thailand dan Korea Selatan.

Musim kedua juga bakal menyaksikan persaingan sengit selama 8 minggu di antara 12 bintang ‘BBNU’.

Peserta Big Stage 2019

  1. ADZRIN
  2. AZIZ HARUN
  3. HAN-BYUL
  4. IRFAN HARIS
  5. KUCAIMARS
  6. SANTESH
  7. CHALEEDA
  8. DINDA PERMATA
  9. FIEYA JULIA
  10. NEETA
  11. SHERYL SHAZWANIE
  12. SYADA AMZAH

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8


Penerbitan ‘Big Stage 2019’ turut disokong oleh Vivo, jenama telefon pintar terkenal yang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama Farm Fresh, jenama tenusu paling segar selaku Penaja Bersama. Manakala portal Gempak turut menghulurkan sokongan selaku Rakan Digital serta ERA sebagai Rakan Radio Rasmi

Pengacara Big Stage 2019 - Sherry Al Hadad dan Alif Satar

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri SitiNurhaliza Tarudin atau lebih dikenali dengan gelaran ‘Datuk Siti’ masih dikekalkan sebagai Juri Tetap ‘Big Stage’ untuk musim yang kedua. Manakala dua lagi figura seni tersohor dari Indonesia iaitu Judika dan Cakra Khan turut diberi mandat untuk menggalas tanggungjawab yang sama di samping Datuk Siti. Kedua mereka akan menduduki kerusi juri tetap secara bergilir-gilir pada setiap minggu. Sementara itu, seorang juri jemputan profesional juga turut diundangkhas pada setiap minggu untuk menyertai juri tetap bagi mengadili persembahan para bintang.




Rangkaian program ‘Big Stage 2019’ akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) serta turut boleh diakses menerusi perkhidmatan Gempak, Astro Go dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan aktiviti perkembangan para bintang ketika membuat persiapan dan latihan menjelang konsert mingguan dapat ditonton melalui liputan harian ‘Studio Big Stage’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 12 Ogos 2019. Kompilasi liputan tersebut juga boleh ditonton menerusi ‘Kompilasi Studio Big Stage’ pada setiap hari Sabtu, jam 10.00 malam bermula 17 Ogos 2018.

Manakala konsert mingguan ‘Big Stage 2019’ pula akan bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) selama8 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam mulai 18 Ogos 2019.

Istimewa untuk pelanggan NJOI, konsert minggu pertama ‘Big Stage 2019’ juga bakaldisiarkan secara serentak di saluran Astro Prima (105) dan Prima HD (121).

Untuk pengisian di platform digital pula, program‘Big Stage Live Plus’ akan disiarkan secara langsung bermula jam 8.50 malam di laman sesawang www.bigstage.gempak.com ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘Big Stage 2019’ bermula 18 Ogos 2019. - Astro Gempak

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar