Program All Stars Buka Panggung (2019)

Terbaru, program All Stars Buka Panggung akan mula disiarkan di saluran Astro Warna pada 6 Septembar selama 7 minggu, setiap hari Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Royal Theater, Shah Alam.

Program All Stars Buka Panggung (2019)

Pelakon Datuk Aaron Aziz, Datuk Rosyam Nor dan Rita Rudaini merupakan antara bintang program realiti komedi terbaharu Astro Warna, All Stars Buka Panggung.

Program ini akan menampilkan pelawak daripada kumpulan Shiro iaitu Ajak dan Shahrol sebagai pengacara.

Berikut merupakan para All Stars yang akan bertanding dari minggu pertama hingga ke minggu ke lima.

All Stars Minggu Pertama
  1. Datuk Aaron Aziz
  2. Datin Seri Umie Aida
  3. Naim Daniel
  4. Liyana Jasmay

All Stars Minggu Kedua
  1. Datuk Rosyam Nor
  2. Datin Diana Danielle
  3. Fizo Omar
  4. Farahdhiya

All Stars Minggu Ketiga
  1. Fahrin Ahmad
  2. Zulhuzaimy
  3. Sharifah Sakinah
  4. Sweet Qismina

All Stars Minggu Empat
  1. Datuk Fizz Fairuz
  2. Johan As’ari
  3. Rita Rudaini
  4. Ruhainies

All Stars Minggu Lima
  1. Fauzi Nawawi
  2. Izzue Islam
  3. Noorkhiriah
  4. Mona Allen

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7

Video Promo



Menurut Pengurus Saluran Astro Warna, Astro Prima & InTrend, Norzeha Mohd Salleh keunikan program ini adalah untuk menguji dan mencabar para pelakon untuk beraksi dalam babak komedi pentas.

“Berbeza dengan pertandingan komedi lain, kami membawa format baharu menerusi program ini dimana barisan pelakon akan memperlihatkan bakat terpendam mereka dalam bidang komedi dan lawak jenaka.

“Mungkin sebelum ini ramai disajikan dengan persembahan spontan daripada para pelawak namun kali ini kami mengangkat elemen ini menjadi sebuah pertandingan yang mencabar selebriti bukan dari kalangan pelawak.

“Menerusi penganjuran program ini kami mahu mencari titik keseimbangan untuk melahirkan penggiat seni yang versatil.

“Ini sekaligus mampu mentakrifkan semula definisi kepelbagaian bakat seseorang pelakon mahupun pelawak serba boleh,” katanya kepada Gempak.

Seorang pemenang akan dipilih pada setiap minggu bagi merebut peluang bertanding pada minggu separuh akhir dan hanya empat peserta yang bakal melayakkan diri ke peringkat akhir untuk memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM 50,000 berserta trofi.

Untuk setiap minggu, juara mingguan akan menyalurkan sumbangan sebanyak RM4,000 kepada pelakon tanah air yang telah berbakti kepada industri seni tanah air.

Secara eksklusif All Stars Buka Panggung ini ditayangkan di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) serta boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand.

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar