Drama Sara Sajeeda lakonan Tiz Zaqyah dan Arsalan Asad Butt

Terbaru di slot Samarinda TV3 drama bertajuk Sara Sajeeda yang merupakan drama kolaborasi Malaysia dan Pakistan. Cerita asal dan skrip oleh Syed Muhammad Taufik Syed Abd Jalil, diarahkan Eoon Shuhaini dan terbitan syarikat produksi Zeel Production Sdn Bhd.

Drama Sara Sajeeda lakonan Tiz Zaqyah dan Arsalan Asad Butt

Para Pelakon

Tiz Zaqyah, Arsalan Asad Butt, Anmol Baloch, Fahrin Ahmad, Uyaina Arshad, Haliza Misbun, Hareb Farooq, Sachal Afzal, Fouziah Gous, Alif Muhaimin, Mas Anizan, Shaharudin Thamby, Raheela Acha, Saima Saleem, Zoya Khan, Aliha Chaundry.

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12 Episod 13 Episod 14 Episod 15

Sinopsis Sara Sajeeda

Sara dipaksa oleh ayahnya, Ismadi untuk meneruskan hubungan bersama Megat. Sara memilih untuk memutuskan hubungan itu kerana Megat masih belum serius dalam perhubungan mereka.

Sara 30, seorang pensyarah yang mempunyai prinsip hidup tersendiri dipaksa oleh bapanya, Ismadi, 50 untuk mengahwini Megat, 30, seorang peguam yang terkenal Malaysia. Empat tahun melayari alam percintaan, Sara merasakan sikap Megat amat membayangi bapanya. Sara mengambil keputusan untuk mencari calon suaminya sendiri dan berlaku salah faham dengan Ismadi. Namun, cara Sara itu mendapat perhatian daripada ibunya Norizan, 50 dan adiknya, Khalif, 20.

 
Sejak 2009 - Kepala Bergetar